Proses Kejadian Manusia Menurut Islam ::
Perkahwinan merupakan usaha untuk menyatukan kembali tulang rusuk yang telah lama dipisahkan dalam bentuk yang lain. Tujuan Perkahwinan di dalam islam ialah untuk mendapatkan zuriat yang diredhai oleh Allah S.W.T dan sebagai penyambung keturunan umat manusia di dunia .
Firman Allah S.W.T. ::
"Wahai sekalian manusia :: Bertaqwalah kepada Tuhan Kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu(Adam) , dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya-hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya zuriat keturunan lelaki dan perempuan yang ramai . Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut nama-Nya, serta peliharalah hubungan (Silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu".
(An-Nissa' ayat 1)
1. Peringkat pertama merupakan mani atau sperma (nutfah) selama 40 hari. Peringkat ini bermula selepas proses persenyawaan atau minggu pertama dan ia berlaku disebabkan oleh percampuran air mani.
"Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia daripada setitis air mani yang bercampur yang Kami (hendak mengujinya dengan perintah dan larangan) , kerana itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat"
Firman Allah S.W.T dalam ayat Al-Insan :: 2
2. Peringkat kedua merupakan segumpal darah ('alaqah) selama 40 hari. Peringkat ini berlaku pada hujung minggu pertama atau pada hari yang ketujuh. Pada peringkat ini telur telah disenyawakan akan tertanam di dinding rahim. 'alaqah merupakan suatu benda yang amat seni yang diliputi oleh darah. 'Alaqah bermaksud sesuatu yang bergantung atau melekat , atau suatu buku atau ketulan darah.
"Kemudian Kami mengubah nuftah menjadi 'alaqah"
Firman Allah S.W.T dalam ayat mukminun :: 14
3. Peringkat ketiga merupakan segumpal daging (muzghah) selama 40 hari. Pembentukan mudghah dikatakan berlaku pada minggu keempat. Pada peringkat ini , pembentukan otak , saraf tunjang , telinga , sistem pernafasan bayi dan anggota-anggota yang lain akan berlaku . Jantung bayi akan mula berdegup dan darah akan mula mengalir dengan lebih banyak bagi membekalkan oksigen dan pemakanan yang cukup kepada bayi.
"Lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging"
Firman Allah S.W.T dalam ayat mukminun :: 14
4. Peringkat keempat nyawa (Nafkhur-Ruh) ditiup Allah ke dalam rahim dengan perantaraan malaikat. Proses peniupan roh ini akan berlaku selepas 40 hari dan selepas terbentuknya organ-organ tubuh termasuklah organ seks bayi. Perkembangan ini bukan sekadar proses perkembangan fizikal semata-mata tetapi ia juga telah mempunyai hubungan dengan Allah S.W.T melalui ikatan kesaksian sebagaimana yang telah disebutkan oleh Allah S.W.T dalam Al-Quran surah al-Araf :: 172. Dengan ini entiti roh dan jasad akan saling bantu membantu untuk meningkatkan martabat dan kesaksian insan disisi Allah S.W.T. Semasa roh atau nyawa ditiupkan , sekaligus semua catatan mengenai nasib seseorang ditentukan ketika itu iaitu tentang ::
- Rezekinya (banyak atau sedikit)
- Umurnya (panjang atau pendek)
- Amalannya (baik atau buruk)
- Nasibnya (Bahagia atau celaka)
Proses Kejadian Manusia menurut Sains ::
Proses kejadian manusia terjadi apabila benih ibu dan ayah bercantum antara satu sama lain yang akan membentuk janin dalam rahim ibu. Setelah sembilan bulan janin itu berada dalam kandungan si ibu , maka ia akan dilahirkan sebagai bayi . Bayi yang dilahirkan terdiri daripada sel daging , tulang , sarah dan darah yang membentuk jasad .Oleh itu , terdapat beberapa peingkat semasa berlakunya proses kejadian manusia menurut sains , antaranya ialah ::
- Tahap Pertama (Pre-embrionik) - Iaitu proses dimana zigot akan membesar melalui pembelahan sel-sel yang ada dan membentuk segumpal sel yang baru dan membenam pada dinding rahim si ibu .
- Tahap Kedua ( Embrionik) - Proses ini mengambil masa selama lima setengah minggu . Dimana organ-organ dan sistem tubuh bayi mulai terbentuk dari lapisan-lapisan sel yang akan disebut sebagai "embrio".
- Tahap Ketiga (Fetus) - Tahap ini bermula sejak usia kandungan 8 bulan dan berakhir hingga masa kelahiran . Fetus merupakan dimana benih tadi mula menyerupai manusia yang telah lengkap dengan anggota badan kerana organnya telah nampak .
No comments:
Post a Comment