Sunday 28 February 2016

SISTEM PERUBATAN ISLAM MENGGUNAKAN CUKA MENURUT SAINS

         Kesihatan tubuh dan memelihara kesihatan adalah merupakan perkara utama yang harus dimiliki dan dipertahankan oleh setiap orang. Rasulullah S.A.W menerangkan dalam beberapa hadithnya, bagaimana pentingnya kedudukan kesihatan menurut pandangan Islam.

  Dari Ibnu Abbas r.a ia berkata: "Seorang Arab dusun datang kepada Rasulullah S.A.W lalu ia bertanya kepada Rasulullah: "Apakah yang (baik) aku minta kepada Allah setelah selesai melakukan solat lima waktu?" Rasulullah menjawab: "Mintalah kesihatan." Orang Arab dusun itu masih tetap mengulangi pertanyaannya. Maka untuk yang ketiga kalinya Rasulullah mengatakan: "Mintalah kesihatan di dunia dan di akhirat."

CUKA-VINEGAR
Cuka adalah adalah kemudahan bagi manusia.

Diriwayatkan oleh Muslim 
"Allah telah meletakkan berkat dalam cuka, ia digunakan oleh para nabi sebelum aku",         Diriwayatkan oleh H.R. Muslim Dari Jabir bin Abdillah r.a. bahawasanya Rasulullah S.A.W bertanya tentang lauk-pauk kepada keluarganya. Maka mereka bertanya: "Kita tidak punya apa-apa selain cuka." Lalu Rasulullah memintanya. Setelah dihidangkan, baginda memakannya dan berkata: "Sebaik-baik lauk-pauk adalah cuka." 

 Cuka adalah cecair yang mengandungi asid acetic (CH3COOH) dan air. Asid acetic dihasilkan melalui penjerukan (fermentasi ethanol) oleh bakteria asid acetic. Cuka kebiasaannya digunakan dalam masakan, secara Am ia suatu asid rengan yang mudah didapati mempunyai kepelbagaian penggunaan pekilangan, perubatan dan tempatan yang mana penggunaan diantaranya untuk pembersihan peralatan rumah.

 Khasiat CUKA: 
- Memecahkan molekul lemak dan secara tidak langsung membantu proses penurunan berat badan.
- Mampu menyembuhkan pelbagai jenis penyakit atau masalah kesihatan seperti alahan (disebabkan
  binatang, makanan dan persekitaran),  selsema, jerawat, kolestrol tinggi, keletihan
  kronik, sakit ulu hati, sakit tekak, , artritis(bengkak sendi), gout dan menurunkan tekanan
  darah tinggi.
- Mengandungi Pectin, sejenis serat yang membantu menurunkan kadar kolesterol jahat dan
  mengimbang tekanan darah.
- Membantu mengekstrak kalsium dari buah-buahan, sayur-sayuran dan daging untuk menguatkan
   tulang.
- Kaya dengan Potassium yang membantu proses detoksifikasi harian untuk kecantikan kulit,
  merawat masalah kerapuhan kuku dan gigi, keguguran rambut serta boleh merawat masalah sinus.
- Kaya dengan Beta Carotene yang membantu memperbaharui kerosakan sel-sel tubuh akibat
  aktiviti
  radikal bebas, menegangkan dan meremajakan kulit.
- Mengandungi Malic Acid yang berfungsi sebagai agen anti-kulat untuk menentang jangkitan
  kuman, bakteria dan lain-lain hidupan mikroorganisma.
- Mengimbangi kadar asid-alkali dalam badan, membantu melarutkan himpunan asid urik di
  sekeliling tulang rawan seterusnya menghilangkan sakit-sakit dan lenguh-lenguh pada sendi, otot
  dan badan.

 Diriwayatkan oleh H.R. Ibnu Majah 
 Dari Ummu Sa'id r.a dai Nabi S.A.W baginda bersabda: "Sebaik-baik lauk-pauk adalah cuka. Ya  Allah berikanlah keberkahan pada cuka. Dan tidak kekurangan rumah yang di dalamnya ada cuka."

        Cuka bermanfaat untuk perut besar, menolak keracunan ubat, bermanfaat untuk penderita penyakit kuning, menghilangkan riak pada tenggorokan, mengubati penyakit limpa, membantu melancarkan percernaan makanan, menghilangkan haus, mencegah pembengkakan yang baru muncul pada kulit dan melancarkan peredaran darah.

No comments:

Post a Comment